Friday, March 17, 2017

14 JANUARI 2016

Tanggal 14 Januari 2016, saya mula membela Isabellana dan Jerico Liverpool Junior. Saya beli mereka berdua dari seorang kenalan di Facebook dengan harga RM700.00 Mereka dikirimkan dari Miri ke Sibu. Saya tiba ke lokasi perjumpaan iaitu di KFC Sibu Jaya untuk mengambil mereka berdua. Keadaan mereka pada masa itu amat teruk kerana berbau hancing. Masakan tidak, perjalanan dari Miri ke Sibu mengambil masa 8 hingga 9 jam. Saya bawa mereka balik ke rumah. Saya mandikan mereka dengan air suam. Ketika itu, Bella asyik menangis sahaja. Mungkin mencari ibu nya atau tuannya yang masih tinggal di Miri. Inilah rupa mereka pada masa itu.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...