Tuesday, March 21, 2017

21 MAC 2017 : MEREKA SELALU DITINGGALKAN


Budak dua orang ini memang sudah biasa kena tinggal. Saya tidak mahu tinggalkan mereka di kedai yang khusus untuk menjaga kucing takut mereka terkena jangkitan kuman dan tidak diberikan makanan yang sebaik-baiknya. Saya juga tidak mahu mereka tinggal di rumah kawan sebab takut menyusahkan orang pula. Jadi, saya gunakan kreativiti, saya sediakan bilik yang selesa untuk mereka. Air yang mencukupi untuk bekalan antara 3 hingga 5 hari sebab Jerico memang kuat minum air. Air itu biasanya saya tinggalkan dalam 10 liter, yang dicampur khusus dengan baja kucing, memang lengkap dengan vitamin. 


Kemudian, saya belikan mesin makanan automatik 3 buah. Saya akan set, makanan keluar setiap 4 jam dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. Untuk mengelakkan semut atau serangga lain masuk ke dalam bekas makanan automatik itu, saya gunakan serai yang ditutuk dan dikeringkan serta disimpan dalam bekas. Semut memang tak masuk. Apabila saya datang, saya selalu lihat mereka tidur berpelukan. Makanan dan air yang ditinggalkan memang habis atau 95% habis diminum dan dimakan. 


Mereka berdua memang 
tidak pernah menyusahkan.
Mereka berdua sangat berdikari. 
Mereka tidak pernah
kencing atau buang tahi sebarangan.
Apabila mahu buang air 
mereka akan naik ke bilik mereka.
Apabila hendak minum dan makan, mereka makan di bilik mereka. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...